Ya Allah , ya Tuhan kami, yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kami berhimpun pada hari ini berdoa memohon rahmat dan hidayah dari-Mu. Semoga dengan rahmat itu ,Engkau berikan petunjuk kepada kami, Engkau perkukuhkan perpaduan kami, Engkau memperbaiki urusan Agama dan dunia kami.Ya Allah, ya Tuhan kami yang memiliki segala kekuasaan dan kemuliaan, kurniakanlah taufik dan hidayah-Mu kepada kami, restuilah perancangan kami, bimbinglah kami dengan petunjuk-Mu yang berterusan. Pimpinlah kami sekalian ke jalan yang lurus dan benar yang membawa kepada ketenteraman dan kesejahteraan. Hindarkanlah kami sekalian dari segala mala petaka dan sifat-sifat yang keji. Selamatkanlah kami sekalian dari perselisihan yang boleh membawa perpecahan dan kebinasaan . Anugerahkanlah kepada kami kekuatan dan keupayaan untuk merangka strategi dan dasar negara bagi mencapai kecemerlangan dan kesejahteraan.Ameen.

Friday, March 4, 2011

DOA AYAT DAN ZIKIR

                                                 AYAT BISMILLAH 5



BISMILLAH 5

  1.  Bismillahir Rahmanir Rahiim
  2. Bismillahish Shaafii
  3. Bismillahil Kaafii
  4. Bismillahil Mu’aafii
  5. Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil 
    ardhi wala fis sama’i wa huwas samii’un ‘alim
MAKSUDNYA :


  1. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
  2. Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
  3. Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
  4. Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
  5. Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
ANTARA FUNGSI BISMILLAH 5 IALAH :

  1. penawar bisa diri
  2. penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
  3. penawar bisa-bisa badan
  4. penawar bisa batu merian
  5. boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya
  
                                                           
                                                                 AYAT BISMILLAH 6



 BISMILLAH 6
  1. bismillah his sami ‘il bashir allazi lai sa kamislihi shai ‘un wahuwabikul li shai ain ‘aliim.
  2. bismillah hil kholla qil ‘aliimm allazi lai sa kamislihi shai ‘un wahuwal fat ta hul ‘aliim.
  3. bismillah hillazi lai sa kamislihi shai’un wahuwal ‘alimul qhobiir.
  4. bismillah hillazi lai sa kamislihi shai’un wahuwal ‘alimul khadiir.
  5. bismilllah hil ‘azizul kariim. allazi lai sa kamislihi shai ‘un wahuwal ‘azizul kariim.
  6. bismilllah hil ghofurril rahiim. allazi lai sa kamislihi shai ‘un wahuwal ghofurril rahiim. Fallah….. hu qhoirun haa fi dzon wahuwal arharmarra himiin
MAKSUDNYA :
  1. Dengan nama Allah yang maha mendengar lagi maha melihat tiada yang seumpama dengannya dan maha mengetahui pada setiap sesuatu,
  2. Dengan nama Allah yang berkuasa menjadikan lagi maha mengetahui tiada yang seumpama dengannya yang maha pembuka lagi amat mengetahui,
  3. Dengan nama Allah yang tiada seumpama dengannya yang maha mengetahui lagi mengetahui perkara yang tersembunyi,
  4. Dengan nama Allah yang tiada seumpama dengannya yang maha mengetahui lagi berkuasa,
  5. Dengan nama Allah yang gagah perkasa lagi pemurah tiada yang seumpama dengannya yang maha gagah perkasa lagi maha pemurah,
  6. Dengan nama Allah yang maha pengampun lagi maha penyayang tiada yang seumpama dengannya yang maha pengampun lagi maha penyayang,Allah jualah sebaik-baik penjaga dan dialah maha penyayang diantara para penyayang.
ANTARA FUNSI BISMILLAH 6 IALAH :
  1. Mengubati segala penyakit terkena bisa termasuk bisa kerana sengat binatang seperti ikan, lebah, ular dan lain-lain.
  2. Mengubati segala jenis racun yang diperbuat dari bahan-bahan yang mendatangkan bisa seperti racun ulat bulu mati beragan, racun hempedu katak bisa, racun miang rebung, racun kaca bal lampu.
  3. Segala jenis santau.
  4. Menjadi selusuh kepada perempuan beranak.
  5. Mengkabulkan segala cita-cita dan hajat.
  6. Terpelihara daripada segala merbahaya seteru dan musuh.
  7. Dibaca untuk menang berperang.
  8. Untuk menghalau jin dan syaitan.
  9. Memelihara tanaman daripada binatang.
  10. Mengubat orang gila.
Semoga dengan sedikit pengetahuan ini dapat sama-sama kita amalkan dan kita hayati..Ketahuilah wahai saudara-saudaraku setiap penyakit ada penawarnya..Yang pasti kita memohon pertolongan daripada Allah SWT. Hanya Dia lah yang mendatangkan penyakit dan menyembuhkan penyakit. Selamat beramal..Wallahuwaklam.