Video bacaan Zikir Munajat oleh saudara Ustaz Badrul Amin.
Firman Allah Ta’ala: "Serulah mereka ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik serta bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu adalah Yang lebih mengetahui siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk." (QS. an-Nahl : 125).
Ya Allah , ya Tuhan kami, yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kami berhimpun pada hari ini berdoa memohon rahmat dan hidayah dari-Mu. Semoga dengan rahmat itu ,Engkau berikan petunjuk kepada kami, Engkau perkukuhkan perpaduan kami, Engkau memperbaiki urusan Agama dan dunia kami.Ya Allah, ya Tuhan kami yang memiliki segala kekuasaan dan kemuliaan, kurniakanlah taufik dan hidayah-Mu kepada kami, restuilah perancangan kami, bimbinglah kami dengan petunjuk-Mu yang berterusan. Pimpinlah kami sekalian ke jalan yang lurus dan benar yang membawa kepada ketenteraman dan kesejahteraan. Hindarkanlah kami sekalian dari segala mala petaka dan sifat-sifat yang keji. Selamatkanlah kami sekalian dari perselisihan yang boleh membawa perpecahan dan kebinasaan . Anugerahkanlah kepada kami kekuatan dan keupayaan untuk merangka strategi dan dasar negara bagi mencapai kecemerlangan dan kesejahteraan.Ameen.
Thursday, March 3, 2011
Zikir Munajat
Bacaan Zikir Munajat ini sesuai di baca dengan alunan iramanya yang tersendiri. Tujuannya adalah untuk memudahkan kita mengingati zikir-zikir tersebut. Jika anda tidak biasa mendengar Zikir Munajat secara berirama, bolehlah bertanyakan kepada rakan-rakan ataupun guru-guru agama yang mungkin boleh mengajarkannya kepada anda secara lisan. Ataupun anda boleh tonton video yang saya sediakan di bawah sebagai panduan.
Video bacaan Zikir Munajat oleh saudara Ustaz Badrul Amin.
Video bacaan Zikir Munajat oleh saudara Ustaz Badrul Amin.
SEBAHAGIAN FADHILAT SURAH-SURAH DALAM AL-QUR'AN
Beberapa Fadhilat Surah Di Dalam Al-Quran
Surah Al-Baqarah
Imam al-Baihaqi dari Imam Shalshal berkata: "Barangsiapa membaca surat baqarah maka dipakaikan kepada mahkota di Syurga." Imam Ibnu Zanjawai dari Imam Wahab ibn Munabih mengatakan: "Barangsiapa membaca Surat Baqarah dan Ali Imran pada malam Jumat maka baginya nur cahaya membentang antara Arsy dan dasar bumi." Abu Mas'ud Albadri ra. berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa membaca dua ayat dari akhir surah Al-Baqarah, maka cukuplah baginya dari hal-hal yang membencikan. Dan menurut sebahagian pendapat: sama dengan bersembahyang malam)." Ibnu Abbas ra. bercerita: Pada suatu ketika Jibrail berada di sisi Nabi SAW. tiba-tiba terdengar suara dari atas, maka ia mengangkat kepalanya dan berkata: ini sebuah pintu di langit, pada hari ini dibuka, dan turun seorang malaikat, memberi salam dan berkata:"(Bergembiralah dengan dua cahaya penerangan yang diberikan oleh Allah kepadamu, dan belum pernah diberikan kepada seseorang Nabi sebelum kamu, iaitu:Fatihul kitab dan akhir surah Al-Baqarah. Tiada engkau membaca suatu huruf daripadanya, melainkan pasti permintaanmu di beri)."
Surah Al-Kautsar
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat dari batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warna pula lebih cantik dari susu dan lebih angi dari kasturi.Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur Nabi Muhammad s.a.w kerana diturukankan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan saudaranya Abu Talib. Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini:
· Baca surah ini ketika hujan dan doa, mudah-mudahan Allah s.w.t makbulkan doa kita.
· Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok dileher, insya'allah hilang dahaga.
· Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
· Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
· Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
· Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
· Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
Fadhilat surah Hud & Yusuf
Surah Hud, apabila di tulis di atas kertas putih, di mana huruf (MIM) huruf(WAU) serta huruf(HHa) di tulis berlubang, pula jangan sampai terhapus, lalu di bawa, maka tidak akan terkena senjata dan ia berwibawa juga mendapatkan pertolongan dan keuntungan. Surah Yusuf, apabila di tulis dengan cara sebagaimana di atas dan di kalungkan kepada perempuan yang sedang hamil maka, ia akan melahirkan anak lelaki yang baik dan menjadi orang yang beruntung serta di jaga dari perilaku yang terlarang.
Fadhilat surah Al Haj(ayat 70)
Ayat ini adalah berguna sekali untuk di mana apabila seseorang merasa kehilangan barang, hartanya di curi orang, anak atau pelayannya melarikan diri atau isterinya meninggalkan rumah atau menghilang, maka hendaklah ia mengamalkan atau membaca surah ini dengan cara: i) bacalah 1000X sesudah solat Ishya surah al-Haj ayat 70, ii) setelah membaca ayat tersebut, lalu berdoa: "ya Allah kembalikanlah (kehilanganku) kepadaku berkat ayat al-quran yang ku baca ini". Juga menurut almarhum Syeikh Muhammad Yaakob, jika seandainya kehilangan sesuatu, rumahnya dimasuki pencuri, maka hendaklah cara mengamalkannya sebagai berikut:- i) Hendaklah sebelum melaksanakan solat hajat pada tengah malam, berwudhulah dengan baik di tempat yang suci dan baik sambil mengadap kiblat dengan: mengucapkan istighfar 7X, ii) kemudian baru melaksanakan solat hajat, dan bacalah pada rakaat pertama setelah membaca fatihah surah al-kafiruun dan pada rakaat yang kedua surah al-ikhlas semua hanya sekali-sekali., iii) setelah selesai melaksanakan sembahyang, kemudian berdoa iv) sete;lah selesai membaca doa 7X , lalu pergilah ke pintu atau jendela (darimana pencuri itu masuk atau keluar) dan bacalah surah Ath Thariq(40X). InsyaaAllah akan segera kembali semua barang yang hilang itu.
Surah Al-An’am
Barangsiapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bencana. Jika ayat 63-34 dari surah ini dibaca oleh penumpang kapal. Ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.
Surah Al- A’raaf
Baransiapa yang membaca ayat 23 kali dari surah ini, selepas tiap– tiap sembahyang fardhu, lalu beristighafar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barangsiapa membaca ayat 47 dari surah ni, nescaya akan terpelihara adari kekacauan para penzalim serta akan mendapat rahmat Allah
Surah Al-Anfal
Barangsiapa membaca ayat 62-63 dari surah ini, nescaya akan dicintai dan dihormati oleh sekalian manusia
Surah Al-Baraah ( Surah Taubat)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman, barangsiapa yang membaca ayat 111 dari surah ini, di kedai atau di tempat tempat perniaagaan, nescaya akan maju perniagaannya
Surah Yunus
Barangsiapa yang membaca ayat 31 ke atas perempuan yang hamil, nescaya akan melahirkan anak dalam kandungan itu dengan selamat. Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi yang buruk dan mengigaukan.
Surah Al-Hud
Jika membaca surah ini, nescaya akan memdapat kekuatan dan kehebatan dan ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barangsiapa membaca ayat 56 pada setiap masa, nescaya ai akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang liar. Barangsiapa membaca ayat 112 sebanyak 11 kali setiap selepas kali solat, nescaya akn mencapai ketetapan hati.
Surah Yusuf
Ia akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemulian kepadanya. Barangsiapa yang membaca ayat 64, maka terhindar daripada kepahitan dan kesukaran hidup. Barangsiapa membaca ayat 68 nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.
Surah Ar-Rad
Membaca ayat 13 maka ia akan terselamat dari petir dan barangsiapa membaca ayat 28 nescaya penyakit jantungnya akan sembuh.
Surah Ibrahim
Barangsiap membaca ayat 32-34 nescaya anaknya akan terhindar dari perbuatan syirik dan bidaah.
Surah Al-Hij’r
Barangsiapa membaca 3 ayat terakhir dari surah ini, ketas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungan akan terselamat dari keguguran.
S
urah Bani Israil
Barangsiapa membaca surah ini dan dibacakan ke atas anak-anak yang gagap, insyaAllah kan hilang gagapnya itu, barangsiapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, maka dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempatnya.
Surah Al-Khaf
Barangsiapa membaca, ia akan terhindari dari kemiskinan dan kepapaan. Barangsiapa membacanya pada malam Jumaat,nescaya akan mendapat rezki yang murah.
Surah Maryam
Barangsiapa yang mebaca surah ini, akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.
Surah Taha
Barangsap membaca surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya.
Surah Al-Anbiya
Barangsiapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapt sebesar –besar pangkat di sisi Allah
Surah Al-Haj
Barangsiapa membacanya, insyaAllah Allah akan membinasakan musuhnya.
PERTOLONGAN DAN PEMELIHARAAN DARIPADA ALLAH S.W.T
Maksud Hadis Rasulullah S.A.W:
Dari Abu ‘Abbas, Abdullah bin ‘Abbas r.a: Pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah S.A.W (di atas haiwan tunggangannya), lalu sabda Baginda: “Wahai anak, aku ingin mengajar kepada kamu beberapa perkara: Peliharalah Allah S.W.T, nescaya Dia akan memelihara kamu. Peliharalah Allah S.W.T, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama‐samamu. Jika engkau memohon, pohonlah pada Allah S.W.T semata‐mata. Jika engkau meminta pertolongan, mintalah pada Allah S.W.T semata‐mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kamu sesuatu manfaat , nescaya mereka tidak mampu memberi suatu manfaat pun melainkan dengan suatu yang telah ditakdirkan oleh Allah S.W.T untuk kamu. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu sedikitpun melainkan dengan sesuatu yang telah ditentukan Allah S.W.T. Pena telah diangkat dan lembaran catatan amal telah pun kering.”
(Riwayat at‐Tirmizi, menurut beliau hadis ini dinilai Hasan Sahih)
Pengajaran Hadis:
Dari Abu ‘Abbas, Abdullah bin ‘Abbas r.a: Pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah S.A.W (di atas haiwan tunggangannya), lalu sabda Baginda: “Wahai anak, aku ingin mengajar kepada kamu beberapa perkara: Peliharalah Allah S.W.T, nescaya Dia akan memelihara kamu. Peliharalah Allah S.W.T, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama‐samamu. Jika engkau memohon, pohonlah pada Allah S.W.T semata‐mata. Jika engkau meminta pertolongan, mintalah pada Allah S.W.T semata‐mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kamu sesuatu manfaat , nescaya mereka tidak mampu memberi suatu manfaat pun melainkan dengan suatu yang telah ditakdirkan oleh Allah S.W.T untuk kamu. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu sedikitpun melainkan dengan sesuatu yang telah ditentukan Allah S.W.T. Pena telah diangkat dan lembaran catatan amal telah pun kering.”
(Riwayat at‐Tirmizi, menurut beliau hadis ini dinilai Hasan Sahih)
Pengajaran Hadis:
- Hadis ini menjelaskan bahawa segala yang berlaku di muka bumi adalah kehendak daripada Allah S.W.T dan Dia berkuasa ke atas semua makhluk ciptaannya. Allah S.W.T adalah satu‐satunya tempat pergantungan kita.
- Sesiapa yang mengingati Allah S.W.T ketika sihat, kaya, lapang dan senang, maka Allah S.W.T akan mengingatinya ketika dia sakit, miskin, kesempitan dan susah.
- Orang beriman mestilah bermohon kepada Allah S.W.T bukan kepada selainNya. Al‐Quran menyebut bahawa tiada orang yang lebih sesat daripada orang yang bermohon dan bergantung kepada selain daripada Allah S.W.T untuk membantunya.
- Setiap umat Islam wajib beriman dengan qadha dan qadar. Dengan ini kita akan sentiasa redha dengan apa yang berlaku ke atas diri kita sama ada baik atau buruk.
- Dalam kehidupan sebagai pekerja sebuah institusi Islam, kita akan sentiasa bersaing dengan institusi lain yang lebih gah dan besar. Dalam hal ini, kita perlu tanamkan rasa yakin di dalam diri kita bahawa tidak ada kuasa yang boleh memberi mudharat kepada kita melainkan Allah S.W.T.
Subscribe to:
Posts (Atom)