Ya Allah , ya Tuhan kami, yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kami berhimpun pada hari ini berdoa memohon rahmat dan hidayah dari-Mu. Semoga dengan rahmat itu ,Engkau berikan petunjuk kepada kami, Engkau perkukuhkan perpaduan kami, Engkau memperbaiki urusan Agama dan dunia kami.Ya Allah, ya Tuhan kami yang memiliki segala kekuasaan dan kemuliaan, kurniakanlah taufik dan hidayah-Mu kepada kami, restuilah perancangan kami, bimbinglah kami dengan petunjuk-Mu yang berterusan. Pimpinlah kami sekalian ke jalan yang lurus dan benar yang membawa kepada ketenteraman dan kesejahteraan. Hindarkanlah kami sekalian dari segala mala petaka dan sifat-sifat yang keji. Selamatkanlah kami sekalian dari perselisihan yang boleh membawa perpecahan dan kebinasaan . Anugerahkanlah kepada kami kekuatan dan keupayaan untuk merangka strategi dan dasar negara bagi mencapai kecemerlangan dan kesejahteraan.Ameen.

KENALI DIRIKU


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ



اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ  وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.



Segala puji bagi Allah SWT , Alhamdulillah syukur setelah sekian lama merancang akhirnya untuk mempunyai blog sendiri tercapai jua walaupun ia masih tidak sempurna.



Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan latar belakang  diri saya :

Nama     : Mohd Hafifi Hafiz  Rifin
Asal        : Kampung Pengkalan China, Bachok, Kelantan. Darul Naim.

Latar Belakang Pendidikan :
  •  Menamatkan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok pada tahun 2002
  •  Menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Teknik Kuala Krai pada tahun 2004
  • Melanjutkan pengajian di Politeknik Seberang Perai bertempat di Pulau Penang selama 2 tahun bermula  bulan  Julai 2005 dan menamatkan pengajian tersebut pada bulan Julai 2007 di dalam jurusan Sijil Kejuruteraan Mekanikal
  • Melanjutkan lagi pengajian di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’Adzam Shah bertempat di Jitra,Kedah selama 1 tahun bermula  bulan  Julai  2008 dan menamatkan pengajian pada bulan Julai  2009 di dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan.
  • Melanjutkan lagi pengajian di Universiti Selangor selama 3 tahun 6 bulan di dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal. Masih lagi menuntut di Universiti Selangor. InsyaAllah akan menamatkan pengajian pada Tahun 2013.


Dikesempatan ini saya mengharapkan agar blog ini dapat dijadikan sebagai tempat perkongsian ilmu-ilmu agama, sebagai tempat kita nasihat menasihati antara satu sama lain dan juga sebagai tempat bertukar pendapat. Mudah-mudahan dengan perkongsian ini dapat memberikan manfa’at bagi diri saya dan juga sahabat-sahabat semua. Moga-moga kita semua memperolehi keredhaan daripada Allah SWT. InsyaAllah. Apa yang baik datang dari Allah SWT dan yang tidak baik datang dari kelemahan diri saya sendiri.

Barokallahu fiykum,

Al Faqir ilaAllah
Mohd Hafifi Hafiz Rifin