Maksud Hadis Rasulullah S.A.W:
Dari al‐Nawwas bin Sam’an r.a., Nabi S.A.W bersabda:
“Kebaikan adalah budi pekerti yang baik. Dosa pula adalah perkara yang mencetuskan kegusaran pada diri dan engkau membenci orang lain mengetahuinya”.
(Hadis Sahih diriwayatkan oleh Muslim)
Pengajaran Hadis:
- Hadis ini menggesa umat Islam supaya berakhlak mulia kerana ia merupakan ciri kebaikan yang terbesar.
- Akhlak mulia itu dapat dinilai dengan cara mempamerkan budi pekerti yang baik dalam urusan seharian.
- Tanda seseorang itu telah melakukan dosa ialah dirinya akan sentiasa berasa gusar dan dia berasa benci jika orang lain mengetahui apa yang dilakukan olehnya.
- Dalam urusan kerja seharian, kita boleh mengetahui sama ada perkara yang kita lakukan itu baik ataupun tidak berdasarkan hadis ini.
- Sebagai seorang pekerja bank, mempamerkan budi pekerti yang baik kepada pelanggan adalah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.
- Dengan budi pekerti yang baik, pelanggan akan berasa senang dan selesa untuk berurusan dengan kita. Inilah contoh perkhidmatan pelanggan yang terbaik di dalam sesebuah institusi Islam.
No comments:
Post a Comment